Sunday, 10 June 2012

Soalan2 Lazim

Soalan - Soalan Lazim Pembelian Kereta

Soalan-Soalan yang biasa dikemukan oleh bakal pembeli kereta baru:

S1. Assalamualaikum en. Fitri, apa maksud gaji bersih?
J1. W.salam. Gaji bersih bermaksud gaji keseluruhan termasuk elaun, OT dan lain-lain dan perlu ditolak dengan caruman KWSP dan PERKESO
S2. Saya seorang pelajar IPTS/IPTA, boleh ke saya beli kereta tanpa penjamin?
J2. Boleh sekirannya anda mempunyai duit muka "downpayment" melebihi 40% dari harga kereta. Ini sebagai jaminan kepada bank.

S3. Salam...Nak tanya..Saya masih lagi pelajar universiti.. Tapi saya ada buat bisnes dan income bulanan saya dalam RM2000 sebulan.. boleh ke saya beli kereta macam orang lain?? tanpa guarantor mak/ayah... Bisnes saya buat tu dah daftar SSM dan ada current account.. 
J3.  Boleh sekiranya perniagaan yang anda jalankan telah melebihi 1 tahun. Akaun bank mestilah sentiasa keluar masuk melebihi RM 2000 setiap bulan. Jika kurang dari tersebut anda perlukan seorang penjamin.

S4. Saya masih belajar.mak gaji xsampai 1500..mcmna saya bokleh ke mohon utk skim nie??? boleh email kat saya utk slanjutnya..
J4.  Syarat untuk menjadi penjamin gaji bersih paling kurang adalah RM2000 bersih.

S5. Harga kereta yang tertera tu termasuk roadtax dan insurans ker?
J5. Ya. harga yang tertera adalah harga  jualan termasuk road tax dan insurans.

S6. En Fitri cakap haritu dapat full loan, kenapa bank suruh bayar downpayment 1000.
J6. Kelulusan berkenaan pinjaman adalah dibawah bidang kuasa pihak bank. Saya hanya membantu untuk mendapatkan pinjaman penuh. Pada kebiasaanya, kekuatan gaji memainkan peranan penting dalam proses untuk mendapat pinjaman penuh "full loan"

S7. Saya kakitangan Kerajaan @ GLC, tetapi blacklist, boleh x nak beli kereta baru?
J7.  Boleh. Sila rujuk DISINI

S8. Saya kakitangan Swasta, tetapi blacklist, boleh x nak mohon pinjaman kereta baru?
J8.  Maaf, saya tidak dapat membantu. 

S9. En Fitri ada x kaki dalam bank untuk approvekan loan. Saya blacklisted. Nanti saya bglah duit kopi untuk ejas loan.
J9.  Maaf. Saya tiada kaki dalam bank dan saya tidak menerima duit kopi anda. TQ

S10. Gaji saya RM2000 layak x saya memohon pinjaman untuk Proton Exora?
J10.  Maklumat lengkap berkenaan syarat boleh rujuk DISINI

S11. Saya bekerja dengan syarikat swasta, gaji saya RM2000 tp company byr gaji cash. boleh ker saya nak buat pinjaman kereta?
J11. Boleh sekiranya majikan anda mencarum KWSP anda. Jika tidak, anda perlukan seorang penjamin bergaji RM2000 keatas.

S12. Saya baru tamat belajar dr kolej, boleh x saya nak memohon pinjaman kereta?
J12. Boleh sekirannya anda mempunyai penjamin. Jika tidak ada penjamin mestilah mempunyai surat tawaran kerja terlebih dahulu.

S13. Saya pelajar IPTA, tiada lesen memandu boleh x nak beli kereta, tp penjamin saya ada lesen?
J13. Maaf saya tak dapat nak bantu. Jika anda ingin juga beli kereta, saya nasihatkan anda terus gunakan nama penjamin anda sebagai pembeli.

S12. Saya bekerja disektor swasta@kerajaan, saya tiada lesen memandu boleh x saya nak beli kereta?
J13. Boleh. Sila hubungi saya 0192198400 untuk keterangan lanjut. 

S13. Macam mana yer nak berurusan dengan en Fitri untuk beli kereta baru?
J13.  Anda boleh datang ke showroom saya atau anda boleh emelkan dokumen yang diperlukan atau faxkan sahaja. Selepas pinjaman lulus, saya akan ketempat anda bagi proses untuk tandatangan perjanjian beli kereta. Selepas itu, kereta yang diminta boleh diambil di showroom atau saya hantar ke tempat anda.

S14. Saya dah dua tiga kali cuba buat pinjaman untuk beli kereta baru, tetapi gagal, kenapa yer en Fitri?
J14. Ada dua kemungkinan, pertama mungkin gaji anda kurang dari syarat minimum untuk beli kereta. kedua kemungkinan nama anda telah disenarai hitam.

S15. Saya tidak pasti sama ada saya telah blacklist atau x? boleh en Fitri tolong cek x?
J15.  Semakan sama anda blacklisted atau tidak, saya tidak dapat semak. Saya sarankan anda pergi ke Bank Negara berhampiran untuk semakan.

S16. En Fitri jual kereta Second hand x? saya berminat untuk beli Gen2.
J16. Maaf saya hanya jual kereta baru.

S17. Saya nak beli kereta baru, boleh x saya nak trade ini kereta saya?
J17.  Boleh, tidak menjadi masalah.

S18: saya nak tahu dimana boleh saya memohon skim ini.saya pelajar Institut Pendidikan Guru, lagi setahun tamat, terima elaun dan akan terus posting selepas tamat belajar. saya menepati semua syarat yang ditetapkan. boleh ke saya tak menggunakan penjamin sekiranya saya terus posting lagi setahun?
J18. Maaf, anda perlukan seorang penjamin selagi anda tidak mendapat tawaran kerja. Terima kasih

S19. Selamatkan berurusan secara online untuk beli kereta?
S20. Jika anda was-was dan tidak yakin, saya menjemput anda untuk datang ke showroom saya untuk proses jual beli kereta baru anda. Terima kasih

S20. Saya nak beli kereta baru dan trade in kereta lama. Tp en Fitri cakap kereta lama saya tu laku RM8000 sahaja untuk trade in, tp hutang dengan bank masih ada RM11000 untuk settel. Mcm mana nak buat yer en Zaki?
S20. Jika hutang masih berbaki RM11000 dengan bank dan nilai kereta tersebut RM8000, anda perlu tambah duit "top up" perbezaan nilai tersebut.

S21. Saya bekerja sendiri, tiada slip gaji, tiada akaun bank dan tiada dokume.. Bolehkan saya memohon untuk membeli kereta baru? 
J20. Boleh sekiranya anda mempunyai downpayment 40% keatas atau mempunyai penjamin bergaji RM3000 keatas bersih.

Proton Preve

Proton Preve


MENGAMBIL masa selama tiga tahun untuk disiapkan, produk yang menjadi kebanggaan terbaharu pengeluar kereta tempatan, Proton Holding Berhad (Proton) selamat dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Isnin lalu.
Dipanggil Prevé (pray-vay) yang membawa maksud untuk membuktikan, sedan segmen C itu disifatkan sebagai model global buat Proton meneroka pasaran luar negara. Maka, tidak hairanlah jika penilaian terhadap model itu lebih kritikal daripada biasa.

Prevé pada awalnya dikenali sebagai P3-21A. Kemunculannya sudah lama ditunggu-tungagu. Rasa tahu orang kian memuncak apabila ada sahaja 'gambar-gambar curi' disiarkan di laman-laman web pemotoran terkenal tempatan.
Sekarang, terimalah hasil kerja keras 60 orang jurutera Proton. Apa yang pasti, Prevé dilihat lebih matang dan memiliki banyak fungsi berbanding model-model terdahulu Proton.
Sekali fikir, Prevé menggunakan formula hampir sama dengan pengeluar kereta Korea Selatan, Hyundai dan Kia. Maksud saya, sumbatkan sebanyak mungkin ciri yang boleh dan tawarkan pada harga lebih murah berbanding pesaing sekelasnya. Secara tidak langsung, pembeli akan menilai kereta ini sebagai berbaloi untuk dimiliki.


Prevé tidak menggantikan mana-mana model Proton. Sebaliknya, ia diposisikan antara model Persona dan Inspira. Banyak betul sedan Proton. Tidak mengapa, setiap model ada peminatnya tersendiri.
Memandangkan Prevé ialah model global, maka pembinaannya perlulah memenuhi standard dunia. Itulah cabaran paling besar yang terpaksa ditempuh Proton. Standard itu pastinya meliputi aspek keselamatan, teknologi, keselesaan, rekaan, kualiti binaan dan sebagainya.

Jentera itu dibina berasaskan kepada kerangka Exora. Bezanya hanyalah penggunaan suspensi roda belakang jenis multi-link yang pastinya lebih sesuai untuk sebuah sedan. Sedia maklum bahawa kereta Proton memang boleh diharap jika bercakap tentang kualiti pemanduan dan pengendaliannya.

5 Bintang MyVAP

Ciri keselamatan adalah antara ciri yang paling diberi perhatian oleh Proton untuk Prevé. Banyak betul sistem keselamatan yang ada padanya. Sebagai contoh, kerangka yang diperkukuh diberi nama RESS (Reinforced Safety Structure) , dua beg udara, sistem brek ABS, EBD, malah BA (brake Assist), kawalan cengkaman (traction control) Electronic Stability Control (ESC) dan ISOFIX untuk varian Premium. Jangan lupa juga bahawa Prevé mendapat penarafan lima bintang daripada Malaysian Vehicle Assessment Programme (MyVAP).

Sudah boleh dilihat secara dekat di bilik-bilik pameran Proton seluruh negara, sedan itu ditawarkan dalam tiga varian menerusi dua pilihan enjin dan tiga jenis transmisi. Varian tertinggi ialah model Premium yang dipasang dengan enjin 1.6 liter CFE, iaitu enjin sama pada model Exora Bold.
Cuma, ia telah ditala semula bagi memberikan kuasa yang lebih linear dan sesuai dengan karekter sebuah sedan.
Enjin dengan sistem 'soft turbo' itu menawarkan kuasa seperti enjin bersesaran 2.0 liter. Lebih tepat lagi, ia mampu mencecah kuasa 138hp dan tork puncak 205Nm.
Lebih menarik, enjin itu dipadankan dengan transmisi Protronic CVT tujuh kelajuan. Transmisi VT3 itu turut diberikan paddle shifter untuk membenarkan pemandu menukar gear secara manual.
Kalau hendak melihat dari segi prestasi, padanan tersebut membolehkan Prevé mencapai kelajuan maksimum 190 kilometer sejam (km/j). Sementara tempoh sedan itu untuk sampai ke kelajuan 100km/j dari kedudukan statik adalah 9.6 saat. Menyentuh aspek penggunaan bahan api pula, Proton mendakwa varian Prevé berenjin CFE ialah 6.6 liter bagi setiap 100km.


PINTU but belakang kini boleh dibuka dengan memicit butang pada kunci kenderaan.
Mahu memikat seramai mungkin pembeli berpotensi, Proton turut menawarkan varian 1.6 Executive CVT (VT2 enam kelajuan) dan 1.6 Executive bertransmisi manual lima kelajuan. Enjin yang digunakan pula ialah Campro IAFM, sama seperti yang ada pada model Saga 1.6.
Meninjau ke ruang kabin, Prevé menggunakan warna hitam sebagai temanya. Papan pemuka, stereng, fabrik tempat duduk dan panel sisi diberi warna hitam, di sebalik kemasan kayu dan calitan warna perak pada konsol tengahnya.
Bagi mereka yang memilih varian dengan enjin CFE, anda pasti berpuas hati dengan semua ciri yang ada pada kokpit Prevé.

Senarainya bolehlah dimulakan dengan butang Start/Stop, pemain cakera padat bersama sambungan Bluetooh, USB dan iPod, selain lampu hadapan, penggilap cermin dan pendingin hawa yang dikawal secara automatik. Tidak terkecuali, unit navigasi dengan skrin sentuh.
Prevé ditawarkan pada harga bermula RM RM59,540 hingga RM72,990 seunit bergantung kepada varian. Anda boleh memilih salah satu daripada enam warna yang ditawarkan iaitu hitam, putih, biru, merah, perak dan coklat.

Proton boleh dianggap berada di landasan yang betul untuk dipandang lebih serius sebagai pengeluar kenderaan berpengaruh. Sekurang-kurangnya di rantau ini. Namun, masih banyak ruang yang perlu diperbaiki.
Cabaran utama Proton pastinya untuk menghilangkan saki-baki rasa skeptikal pengguna terhadap kereta keluarannya. Paling tidak pun, membuatkan kelompok yang gemar mengutuk dan menghentam apa jua yang keluar daripada kilang Proton terdiam serta menutup mulut mereka.

Perkara itu jugalah yang saya anggap masih belum berjaya direalisasikan sepenuhnya oleh Proton. Sebabnya, kalau benar Proton sudah mampu menghapuskan persepsi negatif terhadap produknya, tidaklah seorang rakan bertanya kepada saya: "Ada Internet di dalam kereta? Kalau rosak macam mana?"

Artikel Asal: KOSMO ONLINE 





Harga Proton Preve:
Preve 1.6 IAFM (m) Executive - RM 59,990 (metalik) RM 59,540 (solid) bulanan dari RM 630.00
Preve 1.6 IAFM (a) Executive - RM 62,990 (metalik) RM 62,540 (solid) bulanan dari RM 666.00
Preve 1.6 CFE (a) Premium - RM 72,990.00 (metalik) RM 72,540 (solid) bulanan dari RM 765.00
*bayaran bulanan berdasarkan 10% downpayment dengan 9 tahun pinjaman

Spesifikasi Preve:

Klik kanan tetikus anda dan pilih view imege, untuk melihat dengan lebih jelas.



SILA HUBUNGI SAYA UNTUK MENEMPAH & MEMBELI KERETA BARU ANDA, FITRI: 016-3652414
 
ATAU
 
wanmuhammadfitri@yahoo.com
 
Terima Kasih..

Harga Terkini Kereta Baru - 2012

Harga Terkini Kereta Baru - 2012


SILA HUBUNGI SAYA UNTUK MENEMPAH & MEMBELI KERETA BARU ANDA, FITRI: 016-3652414
 
ATAU
 
wanmuhammadfitri@yahoo.com
 
Terima Kasih..

Full Loan - Kakitangan Swasta



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Terima kasih kerana sudi untuk melawat blog fitri cars zone.
Kini untuk memiliki sebuah kereta idaman bukanlah sesuatu yang mustahil. Anda tiada duit muka? Saya sedia membantu.

Bagi kakitangan swasta anda boleh membeli kereta secara pinjaman penuh "Full Loan" untuk model seperti berikut:

PROTON:

Saga FL 1.3 (manual) Standard, Saga FL 1.3 (auto) Standard, Persona 1.6 (manual) B-Line, Persona 1.6 (auto) B-Line, Persona 1.6 (auto) M-Line, Satria Neo 1.6 (manual) Lite, Satria Neo 1.6 (auto) Lite, Exora 1.6 (manual) B-Line, Exora 1.6 (auto) M-Line.

PERODUA:

Viva 660 BX (manual), Viva 660 EX (manual), Viva 850 EX (manual), Viva 1.0 BZ (auto), Viva Elite 1.0 (manual) Standard, Viva Elite 1.0 (auto), Myvi 1.3 Standard (manual), Myvi 1.3 Standard (auto), Myvi 1.3 Premium (manual), Myvi 1.3 Premium (auto), Myvi 1.5 SE (manual) Alza 1.5 (manual) Standard, Alza 1.5 (auto) Standard, Alza 1.5 (manual) Premium, Alza 1.5 (auto) Premium

Nota: Kelulusan pinjaman adalah berdasarkan pada kekuatan gaji. Minimum gaji  bagi kakitangan swasta untuk membuat pinjaman penuh ialah RM1500 (berdasarkan model-model tertentu).

Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut. FITRI: 016-3652414

Full Loan - Kakitangan Kerajaan, GLC dan Skim Siswazah



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Terima kasih kerana sudi untuk melawat blog Fitri Autoshop
Kini untuk memiliki sebuah kereta idaman bukanlah sesuatu yang mustahil. Anda tiada duit muka? Saya sedia membantu.

Bagi kakitangan Kerajaan, GLC, Badan Berkanun dan Skim Siswzah anda boleh membeli kereta secara pinjaman penuh "Full Loan" untuk semua model

Nota: Kelulusan pinjaman adalah berdasarkan pada kekuatan gaji anda. Pinjaman mungkin diluluskan secara potongan gaji.

Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut. FITRI: 016-3652414
TERIMA KASIH

Full Loan Proton

Pinjaman Penuh / Full Loan Proton

Syarat Permohonan Pinjaman Kereta Senarai Hitam (Blacklisted)

SKIM PINJAMAN SENARAI HITAM (BLACKLISTED)

1. Kakitangan Kerajaan, Badan Berkanun dan GLC (Government Listed Company)
2. Masih boleh membuat potongan BIRO ANGKASA (WAJIB)
3. Gaji bersih mestilah RM1400 dan keatas.
3. Tidak muflis

SILA HUBUNGI SAYA UNTUK MENEMPAH & MEMBELI KERETA BARU ANDA, FITRI: 016-3652414
ATAU
wanmuhammadfitri@yahoo.com


Terima Kasih..

Skim Pinjaman Siswa IPTA & IPTS


SKIM PINJAMAN SISWA IPTA/IPTS

Syarat-Syarat Kelayakan:

1. Mempunyai Lesen Memandu yang sah (Wajib)
2. Warganegara Malaysia
3. Berumur 18 tahun keatas
4. Pelajar IPTA/IPTS (Kad Pelajar diperlukan)

5.    Mempunyai Penjamin (Ibu Bapa) Berpendapatan bersih RM 3000 keatas
ATAU
Mempunyai Penjamin (Suami/Isteri) Berpendapatan bersih RM 3000 keatas
ATAU
  Mempunyai Penjamin (Adik Beradik) Berpendapatan bersih RM 4000 keatas


*NOTA: PENJAMIN SELAIN IBU BAPA, ADIK BERADIK ATAU DAN ADIK BERADIK ADALAH TIDAK DIBENARKAN
*NOTA: PENJAMIN MESTILAH TIDAK DISENARAI HITAM (BLACKLISTED) 

*NOTA: SEKIRANYA TIDAK MEMPUNYAI PENJAMIN, ANDA MESTILAH MEMPUNYAI 40% DOWNPAYMENT DARIPADA HARGA KERETA


SILA HUBUNGI SAYA UNTUK MENEMPAH & MEMBELI KERETA BARU ANDA,

 FITRI: 016-3652414
ATAU
wanmuhammadfitri@yahoo.com

 
Terima Kasih..

Bayaran Bulanan Perodua Skim Graduan


*Harga yang tertera adalah untuk warna solid sahaja. Tambahan RM 400 (Viva) dan RM 500 (Myvi & Alza untuk warna metalik

* Installment based on 3.3% interest rate. Interest rate might be change / Bayaran bulanan berdasarkan kadar faedah 3.3%. Kadar interest mungkin akan berubah dari semasa.

For more information please call / Untuk keterangan lanjut sila hubungi : FITRI: 016-3652414

Bayaran Bulanan Proton Skim Graduan



* Installment based on current 3.0% - 3.3% interest rate. Interest rate might be change / Bayaran bulanan berdasarkan kadar faedah semasa 3.0% - 3.3%. Kadar interest mungkin akan berubah dari semasa. 

For more information please call / Untuk keterangan lanjut sila hubungi : FITRI: 016-3652414

Syarat-Syarat Pinjaman Skim Graduan




ANDA GRADUAN BARU BEKERJA?

Ingin pertama kali memiliki kereta
Idaman anda sejak pertama kali
menjejakkan kaki ke Universiti.

Tanpa perlu penjamin
Tanpa perlu "downpayment"
Tanpa perlu penyata gaji (slip gaji).

Syarat-syarat asas:

1. Memiliki diploma/Ijazah
2. Mendapat tawaran kerja dari sebuah syarikat
3. Gaji yang ditawarkan mestilah melebihi RM 1600
4. Berjawatan Tetap @ Kontrak (kontrak mestilah melebih 6 bulan keatas)

Sila hubungi untuk menempah & membeli kereta baru anda:


FITRI: 016-3652414

ATAU

wanmuhammadfitri@yahoo.com

Skim Pinjaman Graduan



1. Syarat - Syarat Skim Pinjaman Siswazah / Graduan 

2. Bayaran Bulanan Proton Melalui Pinjaman Skim Graduan 

3. Bayaran Bulanan Perodua Melaui Pinjaman Skim Graduan

SILA HUBUNGI SAYA UNTUK MENEMPAH & MEMBELI KERETA BARU ANDA, FITRI:
016-3652414
atau
wanmuhammadfitri@yahoo.com
Terima Kasih..