Soalan - Soalan Lazim Pembelian Kereta
S1. Assalamualaikum en. Fitri, apa maksud gaji bersih?
J1. W.salam. Gaji bersih bermaksud gaji keseluruhan termasuk elaun, OT
dan lain-lain dan perlu ditolak dengan caruman KWSP dan PERKESO
S2. Saya seorang pelajar IPTS/IPTA, boleh ke saya beli kereta tanpa penjamin?
J2. Boleh sekirannya anda mempunyai duit muka "downpayment" melebihi 40% dari harga kereta. Ini sebagai jaminan kepada bank.
S3. Salam...Nak tanya..Saya masih lagi pelajar universiti.. Tapi
saya ada buat bisnes dan income bulanan saya dalam RM2000 sebulan..
boleh ke saya beli kereta macam orang lain?? tanpa guarantor
mak/ayah... Bisnes saya buat tu dah daftar SSM dan ada current
account..
J3. Boleh sekiranya perniagaan yang anda jalankan telah melebihi 1
tahun. Akaun bank mestilah sentiasa keluar masuk melebihi RM 2000
setiap bulan. Jika kurang dari tersebut anda perlukan seorang penjamin.
S4. Saya masih belajar.mak gaji xsampai 1500..mcmna saya bokleh ke mohon utk skim nie??? boleh email kat saya utk slanjutnya..
J4. Syarat untuk menjadi penjamin gaji bersih paling kurang adalah RM2000 bersih.
S5. Harga kereta yang tertera tu termasuk roadtax dan insurans ker?
J5. Ya. harga yang tertera adalah harga jualan termasuk road tax dan insurans.
S6. En Fitri cakap haritu dapat full loan, kenapa bank suruh bayar downpayment 1000.
J6. Kelulusan berkenaan pinjaman adalah dibawah bidang kuasa pihak
bank. Saya hanya membantu untuk mendapatkan pinjaman penuh. Pada
kebiasaanya, kekuatan gaji memainkan peranan penting dalam proses untuk
mendapat pinjaman penuh "full loan"
S7. Saya kakitangan Kerajaan @ GLC, tetapi blacklist, boleh x nak beli kereta baru?
J7. Boleh. Sila rujuk DISINI
S8. Saya kakitangan Swasta, tetapi blacklist, boleh x nak mohon pinjaman kereta baru?
J8. Maaf, saya tidak dapat membantu.
S9. En Fitri ada x kaki dalam bank untuk approvekan loan. Saya blacklisted. Nanti saya bglah duit kopi untuk ejas loan.
J9. Maaf. Saya tiada kaki dalam bank dan saya tidak menerima duit kopi anda. TQ
S10. Gaji saya RM2000 layak x saya memohon pinjaman untuk Proton Exora?
J10. Maklumat lengkap berkenaan syarat boleh rujuk DISINI
S11. Saya bekerja dengan syarikat swasta, gaji saya RM2000 tp company byr gaji cash. boleh ker saya nak buat pinjaman kereta?
J11. Boleh sekiranya majikan anda mencarum KWSP anda. Jika tidak, anda perlukan seorang penjamin bergaji RM2000 keatas.
S12. Saya baru tamat belajar dr kolej, boleh x saya nak memohon pinjaman kereta?
J12. Boleh sekirannya anda mempunyai penjamin. Jika tidak ada penjamin mestilah mempunyai surat tawaran kerja terlebih dahulu.
S13. Saya pelajar IPTA, tiada lesen memandu boleh x nak beli kereta, tp penjamin saya ada lesen?
J13. Maaf saya tak dapat nak bantu. Jika anda ingin juga beli kereta,
saya nasihatkan anda terus gunakan nama penjamin anda sebagai pembeli.
S12. Saya bekerja disektor swasta@kerajaan, saya tiada lesen memandu boleh x saya nak beli kereta?
J13. Boleh. Sila hubungi saya 0192198400 untuk keterangan lanjut.
S13. Macam mana yer nak berurusan dengan en Fitri untuk beli kereta baru?
J13. Anda boleh datang ke showroom saya atau anda boleh emelkan
dokumen yang diperlukan atau faxkan sahaja. Selepas pinjaman lulus,
saya akan ketempat anda bagi proses untuk tandatangan perjanjian beli
kereta. Selepas itu, kereta yang diminta boleh diambil di showroom atau
saya hantar ke tempat anda.
S14. Saya dah dua tiga kali cuba buat pinjaman untuk beli kereta baru, tetapi gagal, kenapa yer en Fitri?
J14. Ada dua kemungkinan, pertama mungkin gaji anda kurang dari syarat
minimum untuk beli kereta. kedua kemungkinan nama anda telah disenarai
hitam.
S15. Saya tidak pasti sama ada saya telah blacklist atau x? boleh en Fitri tolong cek x?
J15. Semakan sama anda blacklisted atau tidak, saya tidak dapat semak.
Saya sarankan anda pergi ke Bank Negara berhampiran untuk semakan.
S16. En Fitri jual kereta Second hand x? saya berminat untuk beli Gen2.
J16. Maaf saya hanya jual kereta baru.
S17. Saya nak beli kereta baru, boleh x saya nak trade ini kereta saya?
J17. Boleh, tidak menjadi masalah.
S18: saya nak tahu dimana boleh saya memohon skim ini.saya pelajar Institut Pendidikan Guru, lagi setahun tamat, terima elaun dan akan terus posting selepas tamat belajar. saya menepati semua syarat yang ditetapkan. boleh ke saya tak menggunakan penjamin sekiranya saya terus posting lagi setahun?
J18. Maaf, anda perlukan seorang penjamin selagi anda tidak mendapat tawaran kerja. Terima kasih
S19. Selamatkan berurusan secara online untuk beli kereta?
S20. Jika anda was-was dan tidak yakin, saya menjemput anda untuk
datang ke showroom saya untuk proses jual beli kereta baru anda. Terima
kasih
S20. Saya nak beli kereta baru dan trade in kereta lama. Tp en Fitri cakap kereta lama saya tu laku RM8000 sahaja untuk trade in, tp hutang dengan bank masih ada RM11000 untuk settel. Mcm mana nak buat yer en Zaki?
S20. Jika hutang masih berbaki RM11000 dengan bank dan nilai kereta tersebut RM8000, anda perlu tambah duit "top up" perbezaan nilai tersebut.
S21. Saya bekerja sendiri, tiada slip gaji, tiada akaun bank dan tiada dokume.. Bolehkan saya memohon untuk membeli kereta baru?
J20. Boleh sekiranya anda mempunyai downpayment 40% keatas atau mempunyai penjamin bergaji RM3000 keatas bersih.
adakah en fitri juga pengguna kereta proton?
ReplyDeleteya,saya menggunakan model proton preve dan sy amat berpuas hati dengannya
Delete