Trade-in
atau tukar beli kereta merupakan salah satu langkah untuk membeli
sebuah kereta baru jika anda telah mempunyai sebuah kereta. Walaupun
begitu, banyak pengguna teraniaya dan tertipu dengan trade-in.
Berikut merupakan langkah-langkah selamat untuk tukar beli kereta lama anda:
- Dapatkan jumlah "full settlement" kereta anda dengan pihak bank anda membuat pinjaman.
- Sekiranya jumlah Full Settlement lebih dari harga yang ditawarkan oleh syarikat used car / salesman, anda perlu tambah jumlah yang kurang tersebut.
- Sekiranya jumlah Full Settlement kurang
dari Harga yang ditawarkan oleh syarikat used car / salesman, syarikat
used car tersebut akan membayar kepada anda lebihan tersebut.
- Buat semakan harga pasaran kereta anda.
- Jika anda sudah mengetahui harga pasaran, harga trade-in pada kebiasaanya akan lebih rendah 4-10k dari harga pasaran.
- Jangan terlalu mengejar harga trade-in yang terlalu tinggi. Pada kebiasaannya ada sesuatu tidak kena jika harga yang ditawarkan terlalu tinggi. Anda mungkin akan teraniaya.
- Sekiranya anda berurusan trade-in dengan salesman, anda mesti pergi bersama salesman tersebut untuk mempastikan butiran penting kewujudan syarikat yang dicadangkan oleh salesman tersebut. Pastikan lokasi dan alamat syarikat tersebut. Nombor telepon kedai tersebut. Tandatangan dokumen penyerahan kereta tersebut, sebagai bahan bukti jika berlaku perkara yang tidak diingini. Pastikan anda kenal tuan punya syarikat tersebut.
banyak jugak beza harga.. mcm xberbaloi klu nak trade in kereta semasa.. huhu
ReplyDeleteAda betul kata saudara. tp adakah saudara comparekan dgn kalo harga nak beli kenderaan baru? Jika ya, sememangnya harga kereta begitu. Sebaik kluar daripada showroom harga kereta yang anda beli akan terus jatuh. Jika difikir logik, jika harga kereta 2nd menghampiri kereta baru, mengapa perlu beli kereta 2nd betul tak. Utk tahun pertama sahaja kebiasaannya harga kereta turun mencecah lebih 10k. Kadar penurunan bergantung kepada model kereta. Biasanya, trade in kereta bertujuan utk clearkan loan utk clearkan nama bg memohon loan kereta baru. Jarang sekali trade in utk beroleh keuntungan, melainkan saudara ade meletakkan downpayment yang tinggi. Harap maklum.
Deletesaya ada viva 1.0 standart buatan 2012.. blm setahun pakai.. skrg da byr lebih krg 8-9 bln.. bln2 bayor rm522.. installmnt xde tunggak. cme xsanggup nk bayar lg.. kalo bole nk tuka kereta yg trus xde hutang dgn bank atau bayo skit2 setiap bln.. bank bole terima ke kalo sy nk trade in kereta ni kepada kereta seconde hand (harga yg lebih rendah dr harga kereta saya tu yg kedai nk amek) spy xpyah bayar atau installment xtinggi sgt bln2.. bole ke?? ade cara lain ke??
ReplyDelete